Assalammualaikum
WBT dan Salam Sejahtera kepada semua. Pada kali ini, saya akan membincangkan
kepada anda satu perkara yang paling penting yang terdapat di dalam pelaburan
iaitu mengenai Risiko. Seperti yang kita sedia maklum, semua jenis pelaburan mempunyai
risiko nya yang tersendiri sama ada dari segi kadar faedah, risiko inflasi,
susut nilai dalam sesuatu pelaburan dan sebagainya.
Risiko
Apakah
itu risiko?
- Secara am nya, dari segi bahasa ia boleh ditakrifkan sebagai gabungan-gabungan faktor-faktor kemungkinan berlakunya sesuatu yang malang.
- Secara teori nya, banyak pelabur peringkat awal (newbie) akan merasakan ragu-ragu untuk melabur kerana kekurangan pengetahuan. Jadi,di sini kita hendaklah banyak merujuk kepada pakar-pakar pelaburan seperti menghadiri seminar-seminar yang berbayar ataupun secara percuma.
- Jika tahap kefahaman anda tinggi,cukuplah dengan berbelanja untuk membeli beberapa buah buku daripada pakar-pakar pelaburan sebagai rujukan.
- Konsep yang biasa di dengari ialah, High RISK,High RETURN, contohnya seorang penjudi, Perjudian juga merupakan salah satu daripada cara untuk mendapatkan “fast money”. (tetapi pengharaman JUDI telah ditetapkan oleh semua agama)
- Jika kita ingin mewujudkan satu pelaburan yang “selamat”, modalnya kecil tetapi anda harus faham dimana, Low RISK,Low RETURN. Contohnya melabur di dalam ASB.
Bagaimanakah RISIKO wujud?
Risiko
wujud disebabkan beberapa faktor, antaranya:
·
Ketidaktentuan dalam pasaran
kewangan.
·
Kegagalan projek (bagi
pelaburan hartanah/bangunan).
·
Liabiliti perundangan.
(undang-undang dll.)
·
Risiko kredit.
·
Kemalangan.(kebakaran dll)
·
Kejadian alam (banjir,rebut
taufan,dll)
Bagi
memudahkan asas kepada setiap pelaburan, saya akan membincangkan kepada anda
beberapa perkara yang harus diambil kira sebelum memulakan sesuatu pelaburan.
Ini kerana, kekurangan pemahaman terhadap perkara asas dalam setiap perkara
akan menyebabkan kita merasakan susah untuk mengenal pasti apakah masalah yang
dihadapi oleh kita. Di sini, saya membincangkan beberapa risiko yang harus
diambil kira, iaitu:
1. Risiko Pasaran
Risiko
Pasaran kebiasaan nya merujuk kepada faktor-faktor ekonomi dan kadar inflasi.
Antara faktor ekonomi ialah berlaku nya kemerosotan ekonomi dimana berlakunya
banyak pengangguran dan pengguna kehilangan kuasa membeli. Jika kuasa membeli
sudah kurang,maka aliran wang di dalam negara pun akan berlaku dengan perlahan. (BOLEH DIATASI dengan simpanan EMAS FIZIKAL)
2. Risiko Kadar Faedah
Risiko
kadar faedah biasanya menglibatkan pihak pembekal wang iaitu bank. Kekuatan
ekonomi sesebuah negara itu boleh dilihat melalui kadar pengenaan faedah dan
tempoh pinjaman yang boleh dipohon,ini merujuk kepada kemampuan bank untuk
memberi Pinjaman Peribadi. Untuk peringatan, nilai wang juga susut setiap tahun
min.10% - 12%. Contoh, jika anda melabur di dalam ASB, anda memperolehi dividen
sebanyak 8% (dividen tahun 2011) tetapi anda hanya tahu wang anda telah
bertambah,hakikatnya,anda rugi dari segi NILAI wang.(BOLEH DIATASI dengan simpanan EMAS FIZIKAL kerana NILAI EMAS
SENTIASA NAIK setiap tahun)
3. Risiko Inflasi
Inflasi
ialah situasi dimana kenaikan harga barang dimana berlakunya lebihan wang di
pasaran dimana kurangnya pengawalan pengeluaran wang dari pihak kerajaan dan
juga akibat daripada permintaan melebihi pengeluaran terhadap barangan.
Contohnya, pada era 90-an, dengan membawa RM150 kita boleh membeli pelbagai
barangan runcit kerana pada ketika itu,kadar inflasi sangatlah rendah, kini
pada era millennium, RM150 hanya boleh membeli beberapa sahaja barangan runcit.
Pelaburan juga akan dilangkau oleh kadar inflasi yang sentiasa bergerak pantas
dan menghakis nilai sesuatu pelaburan.
(inflasi
sentiasa berlaku tetapi kadar inflasi yang sihat ialah ianya terkawal,jika
tidak terkawal,maka berlakulah hyper-inflation seperti yang berlaku di
Zimbabwe)
(ASET YANG TERBAIK untuk melawan kadar inflasi kerana nilai EMAS
NAIK setiap tahun)
4. Risiko Kecairan (Liquidity)
Kecairan
disini bermaksud berapa cepatkah saya boleh menukarkan aset kepada nilai penuh
wang tunai. Untuk menunjukkan dengan lebih mudah,saya akan menunjukkan beberapa
contoh iaitu:
i.
Akaun Simpanan/Pelaburan
Biasa – kecairan rendah kerana mudah untuk ditukarkan kepada wang tunai dengan
hanya pergi ke kaunter bank yang berkenaan; UNTUNG sedikit; tempoh untuk wang
mengganda panjang.
ii.
Saham/Unit Amanah –
kecairan tahap sederhana; terdapat beberapa proses sebelum untuk menukarkannya
menjadi wang; keuntungan yang dijana sederhana; tempoh wang untuk berganda
panjang,kebiasaaan nya panjang jika ingin pulangan yang lumayan.
iii.
Tanah – kecairan tinggi
kerana banyak proses akan berlaku dimana kita mesti mencari pembeli dan banyak
urusan jual beli berlaku; UNTUNG besar kerana ianya terhad dan modal untuk
melabur dalam hartanah besar dan ilmu hartanah sangatlah penting; nilai tanah
sentiasa menaik atas permintaan pasaran.
iv.
EMAS – kecairan tinggi
kerana terlibat dengan beberapa proses jual beli .(jika beli daripada PUBLIC
GOLD MARKETING SDN BHD); liquidity tinggi,jadi dapat disimpulkan bahawa
pulangan pastinya LUMAYAN jika berminat untuk mengetahui perihal emas daripada
Public Gold, sila hubungi saya dan saya akan memberikan anda e-book khas yang
membincangkan hampir 98% asas ILMU EMAS dan PERAK secara PERCUMA, ebook ini dimiliki
oleh FOUNDER PUBLIC GOLD SARAWAK yang telah menjadi pelabur aktif emas yang Berjaya.
Contoh produk Dinar Public Gold beserta Sijil ketulenan






.jpg)
No comments:
Post a Comment