Thursday, July 4, 2013

EMAS OH EMAS

PENGENALAN KEPADA EMAS
  •  Secara am nya, emas ialah suatu jenis logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni sejak dahulu lagi. Secara asli boleh didapati dalam bentuk nugget atau butir kecil dalam batuan atau mendapan alluvial (seperti tanah lumpur yang terhasil daripada aktiviti perlombongan). Logam emas adalah padat, lembut, berkilat dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur.
  •  Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air (proses dimana pengaratan,tetapi emas bebas daripada proses ini). Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ianya amat sesuai dijadikan duit syiling dan barang kemas.
  • Emas tulen mempunyai kandungan perak/silver diantara 8%-10%. Emas tulen juga sangat lembut untuk kegunaan biasa,oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (cuprum), dan logam-logam lain. Ianya termasuk dalam pembuatan barang kemas dan syiling emas.
  •  Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan dunia. Ia juga dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan idealogi. Emas telah lama dianggap sebagai logam yang berharga dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah, e.g.Dinar emas, syiling emas, jongkong emas, bunga emas.
  •  Emas juga digunakan sebagai simbol ketulenan,nilai tinggi,kedaulatan,kekayaan, dan dijadikan sebagai medium pelaburan pada masa kini.
contoh Gold Bar 100g



EMAS SEBAGAI BAHAN INDUSTRI

Ø  Statistik perlombongan emas pada Tahun 2009 ialah berjumlah sebanyak 165,000 tan, dan jumlah perlombongan ini semakin meningkat sejajar dengan penggunaan emas bukan sahaja sebagai perhiasan tetapi digunakan juga di dalam beberapa industri contohnya:

v  50 % digunapakai sebagai barang kemas (jewellery)
v  40 % digunapakai sebagai pelaburan (gold bar,gold coin)
v 10 % digunapakai sebagai bahan-bahan perindustrian (konduktor elektrik yang terbaik, diguna pada satelit kerana emas ialah pemancar yang terbaik,etc)

Ø  Secara kimianya, emas ialah suatu logam peralihan yang amat kuat jika dibandingkan dengan logam-logam yang lain. Kereaktifan emas juga sangat tinggi serta daya ketahanannya terhadap asid juga tinggi.

Ø  Emas ialah pengalir haba dan elektrik yang terbaik jadi tidak mustahil lah permintaan terhadap emas semakin tinggi sejajar dengan kepesatan teknologi kita pada masa kini.



Dengan sedikit penjelasan daripada saya, jelaslah bahawa EMAS merupakan suatu benda yang sangat bernilai untuk dimiliki, bukan hanya golongan yang kaya mampu memiliki emas,tetapi semua orang mampu memiliki emas jika tahu cara nya, saya sudi berkongsi dengan anda serba sedikit ilmu mengenai emas dari semasa ke semasa, jika berminat dengan produk Gold Bar, Dinar dan Barangan kemas daripada Public Gold Sdn Bhd, bolehlah menghubungi saya secara terus. Terdapat cawangan di seluruh negara.



No comments:

Post a Comment