Wednesday, December 4, 2013

SENARAI SOALAN YANG 'PANAS' MENGENAI EMAS

Entry kali ini, kita akan membincangkan mengenai beberapa soalan lazim ataupun 'soalan panas' yang selalu ditanya oleh pembeli emas/pelabur emas  sebelum memulakan simpanan mereka:

SOALAN 1:  ADAKAH SAYA AKAN MENDAPAT KEUNTUNGAN DENGAN MENYIMPAN EMAS?

JAWAPAN: YA,anda pasti mendapat keuntungan jika menjadikan emas sebagai aset simpanan kerana sifatnya yang tahan lasak, kalis inflasi dan demand / permintaan pasarannya tinggi. Sebagai contoh, RM 100 pada tahun 2000 tidak sama nilainya dengan RM100 pada masa kini. Ini dibuktikan dengan kadar inflasi yang menyebabkan nilai bagi MATAWANG KERTAS menjadi susut, jika dengan RM100 pada tahun 2000 anda mampu untuk membeli banyak barangan runcit, tetapi pada masa kini, hanya beberapa barang sahaja sudah bernilai RM100, tetapi, NILAI emas sentiasa menaik, ini dibuktikan pada era 90-an, segram emas berharga dalam lingkungan RM80-100, tetapi,anda lihat dan nilai lah sendiri harga emas segram pada masa kini.


SOALAN 2: HARGA EMAS JATUH,JADI ADAKAH SAYA MENGALAMI KERUGIAN?

JAWAPAN: TIDAK. Ini kerana, dengan membeli produk daripada Public Gold, anda akan diberikan emas secara FIZIKAL,iaitu anda bayar untuk harga emas,anda mendapat emas. Anda tidak rugi, selagi mana emas tetap berada di tangan anda, tambahan, harga emas jatuh hanya bersifat sementara kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor ekonomi diantaranya penurunan harga petroleum, nilai matawang Dollar yang menaik (Amerika Syarikat menggunakan taktik ini demi kepentingan ekonomi negaranya,tetapi ianya bersifat sementara) dan beberapa faktor yang lain(anda boleh sms kpd saya untuk mendapatkan ebook secara PERCUMA utk mengetahui hal ini dgn lebih lanjut). Ketika harga emas jatuh, banyak pelabur emas membeli emas secara fizikal dengan lebih banyak, ini kerana ketika harga sudah stabil dan kembali kepada asal, mereka akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda.

SOALAN 3: SAYA INGIN MEMULAKAN SIMPANAN EMAS SAYA, TETAPI SAYA TIDAK PASTI PRODUK MANAKAH YANG TERBAIK BUAT SAYA.

JAWAPAN: TAHNIAH kepada anda kerana memahami kepentingan dan kekuatan nilai emas. Jika anda perlukan bantuan, sila sms kepada saya untuk sebarang pertanyaan. Saya akan bertanya mengenai berapa bajet anda? Jika anda mempunyai bajet yang besar, saya mencadangkan anda untuk menyimpan Jongkong/Gold Bar, tetapi jika modal anda sedikit/cukup-cukup makan, anda boleh lah menyimpan dalam bentuk dinar. Ini kerana, ianya akan dibezakan melalui kadar spread (semakin kecil nilai spread, semakin besar keuntungan anda) Hal ini juga boleh dijelaskan dengan lebih lanjut dengan mendapatkan ebook daripada saya secara percuma. Untuk perhiasan (rantai,gelang, loket,dsb) saya tidak mencadangkan untuk menyimpan jenis ini kerana kadar spread nya agak tinggi,dalam lingkungan( 15% - 25%), jika dijadikan sebagai hadiah kpd yang tersayang, ataupun sekadar perhiasan,Public Gold juga menawarkan pada harga yang TERBAIK di negara.

SOALAN 4: BOLEHKAH DINAR,DIRHAM dan GOLD BAR DIJADIKAN HADIAH?

JAWAPAN: YA,BOLEH. Dinar/Dirham juga boleh dijadikan sebagai Mas Kahwin dan Gold Bar boleh dijadikan sebagai hantaran. Jika anda ingin menghadiahkan kepada rakan anda, EMAS adalah pilihan yang terbaik, ini kerana ianya sesuatu yang sangat bernilai. Terpulang kepada anda untuk menjadikan nya sebagai hadiah mahupun perhiasan dinding.

SOALAN 5: ADAKAH EMAS PUBLIC GOLD EMAS TULEN?

JAWAPAN: PASTI TULEN 100% GUARANTEE. Harga emas daripada Public Gold MURAH daripada kedai-kedai emas kerana ianya didatangkan khas terus daripada kilang emas nya yang berada di Pulau Pinang. Anda akan mendapati bahawa, harga nya AMAT RENDAH kerana PUBLIC GOLD mempunyai kilangnya yang tersendiri. Setiap produk public gold mempunyai sijil ketulenan yang telah disahkan oleh Assayer yang bertauliah. Jika anda ragu mengenai ketulenannya, anda boleh memastikan dengan cara menguji dengan meter emas/densimeter emas semasa anda pergi untuk mengambil produk anda di mana-mana cawangan Public Gold. Ianya juga boleh dibuktikan dengan beberapa rakan perniagaan Ar-Rahnu (pajak gadai) Public Gold iaitu Bank Rakyat & Pos Malaysia.

SOALAN 6: BOLEHKAH SAYA MEMBELI EMAS DARIPADA PUBLIC GOLD SECARA ANSURAN?

JAWAPAN: YA. Maksimum tempoh selama empat bulan. Pembelian secara ansuran juga merupakan cara kegemaran saya untuk konsisten dalam menyimpan dinar. Jika terdapat perubahan pada harga emas di bulan yang ke-2 atupun yang ke-3 , anda tidakperlu risau kerana anda hanya membayar pada harga anda lock price (untuk keterangan lanjut mengenai pembelian secara ansuran,anda boleh lah menghubungi saya).

Bersambung pada entry yang akan datang.......

JIKA ANDA BERMINAT, BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA DI 0138128749 ATAUPUN EMAIL: iji_zoro@yahoo.com . PEPATAH ADA MENGATAKAN, DONT SAVE, HEDGE (JANGAN BERJIMAT,TETAPI LINDUNGILAH NILAI) .

Tuesday, November 26, 2013

KAEDAH MUDAH & SENANG UTK SIMPAN EMAS

SIMPAN SECARA KONSISTEN 1 DINAR SETIAP BULAN

·         Jika pendapatan anda BESAR ataupun mempunyai lebihan dalam lingkungan RM700 – RM 900 utk dijadikan sebagai simpanan,adalah disarankan anda fokus untuk menyimpan 1 Dinar pada setiap bulan daripada anda menyimpan di akaun simpanan biasa.



 MENGGUNAKAN KAEDAH EASY PAYMENT (EPP)

·         Anda boleh menyimpan lebih kurang RM160++ setiap bulan dengan menggunakan kaedah easy payment, jadi, dengan cara ini, secara konsistennya, anda boleh mendapat 3 Dinar pada setiap tahun dengan kadar harga emas sekarang, sbg contoh: 1 Dinar berharga RM 620. Dengan kaedah easy payment, anda dikehendaki untuk melangsaikan bayaran ansuran selama 4 bulan, jadi setiap bulan anda hanya membayar RM620/4bulan =  RM155/bulan. Selepas habis pembayaran, sila bawa resit pembayaran bank anda ke cawangan Public Gold yg terdekat untuk menuntut 1 Dinar anda. Kaedah yang diguna pakai oleh saya untuk menyimpan emas secara konsisten =) .



SUAMI-ISTERI BERKONGSI DENGAN KAEDAH EASY PAYMENT


·         Seperti kaedah yang ke-2, tetapi kali ini lebih murah jika suami isteri itu berkongsi untuk membuat pembayaran ansuran. Sebagai contoh pada setiap bulan anda dikehendaki membayar sebanyak RM 155/bulan, dengan perkongsian bersama, setiap pasangan hanya mengeluarkan RM 77.50 sahaja utk menyelesaikan ansuran. Bagi suami isteri, ianya sangat bermanfaat kerana harga emas pada masa sekarang jauh lebih murah dari masa akan datang, jadi mulalah menyimpan demi masa depan anak-anak anda.


JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT, SILA HUBUNGI FIZI- 0138128749 UNTUK KETERANGAN LANJUT

Saturday, August 10, 2013

WANG KERTAS VS EMAS


  1. Seperti kita sedia maklum, wang yang kita gunakan pada hari ini semakin berkurangan NILAI nya, ini kerana, wang kertas NILAI nya dikawal oleh satu badan kuasa ekonomi dunia dan kos pembuatannya juga rendah, tetapi NILAI emas semakin meningkat saban tahun ini kerana pengeluaran emas adalah terhad dan permintaan terhadapnya adalah tinggi





2. Wang kertas diperbuat daripada bahan yang mudah hancur/rosak ,jika contoh nya berlaku kebakaran,dimakan anai-anai, banjir dsb, wang kertas akan mudah rosak dan tidak akan diperakui nilainya, sementara itu, EMAS pula satu material yang dikatakan sangat kuat dan tahan lasak,susah untuk dirosakkan, jika berlaku sedikit calar pada EMAS,nilainya tetap tidak akan turun kerana EMAS memang disahkan sebagai satu barang yang sangat berharga.





ini adalah antara mengapa saya memilih emas untuk dijadikan sebagai instrument simpanan yang sangat berharga, NILAI WANG KERTAS SUSUT SETIAP TAHUN manakala NILAI EMAS TETAP MENAIK DAN SERING DIJADIKAN SEBAGAI PENGUKUR KEMEWAHAN, jadi mengapa tunggu lagi???? JIKA ANDA BERMINAT, SILA HUBUNGI SAYA DENGAN SEGERA, TERDAPAT CAWANGAN PUBLIC GOLD DISELURUH NEGARA, TERDAPAT JUGA BEBERAPA ALASAN KENAPA SAYA MEMILIH EMAS, HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN TIPS2 DAN SEDIKIT ILMU MENGENAI EMAS, terima kasih.....











Friday, July 12, 2013

7 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI EMAS

Emas
Wang Kertas
Tiada susut nilai dan inflasi. Pada zaman  Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah sedinar.  Pada zaman sekarang pun masih sedinar seekor.
Setiap hari susut nilai. Tahun 80’an gaji seorang Engineer RM800 dapat beli sebuah rumah dan sebuah kereta. Tahun 2012 dengan gaji RM3,000 juga hanya dapat beli sebuah rumah dan kereta sahaja.
BERNILAI kerana ia logam berharga.
DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja.
Semua Negara di dunia menerima transaksi jual beli menggunakan EMAS.
Ada had sempadan. Hanya laku di Negara sendiri dan perlu di tukar ke matawang asing untuk digunakan.
Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja.
Kalau anda menabung bentuk duit untuk menunaikan haji, sudah pasti anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang saja.
Kebanyakan ilmuan ekonomi adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.
Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100.00 – 200.00.  Jangan malukan diri anda lagi.
Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai simpanan emas yang banyak.
Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan Tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas. Dijangkakan matawangnya akan terjejas.
Peningkatan purata 15% setahun tanpa susut nilai.

Rujuk www.kitco.com
Susut nilai setahun 20%. Bonus ASB baru 7% setahun..rugi 13%. Tapi ramai tak nampak.. yang kita nampak kertas aku makin banyak.



EMAS wajib dimiliki kerana?????


Untuk menjadi jutawan pada Tahun 2020 adalah mudah. Anda simpan 2 kilogram emas pada hari ini, 8 tahun akan datang anda adalah seorang JUTAWAN EMAS!

GOLD BAR



Berat: 10g, 20g, 50g, 100g, 250g & 500g

Kenapa pilih gold bar?

  • Harganya lebih murah berbanding dengan barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatan nya tinggi.
  • Menjadi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata
  • Bentuk fizikal yang lebih menyerlah daan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
  • Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang (estimated dlm 3-10yrs untuk dapat max profit)

Kebiasaan nya pelaburan emas jenis ini untuk:
  •  Pendidikan anak (kos pembelajaran yang semakin tinggi setiap tahun.
  • Perkahwinan (boleh dijadikan simpanan untuk perkahwinan, cth: pada tahun 2009, gold bar 100g berharga dalam lingkungan RM 11,275.00, pada penghujung tahun 2012 lingkungan harga ialah RM 18,200, jika anda bercadang utk berkahwin pada penghujung 2012, anda sudah Berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM 6,925 dalam tempoh 3 tahun sahaja!!! Jika dibandingkan dengan simpanan di dalam ASB,anda mendapat lebih keuntungan!!!
  • Sebagai simpanan di hari tua (boleh diwarisi kepada waris, alangkah mudah nya membahagikan aset berbentuk emas kepada waris,cth simpanan emas FIZIKAL anda ada 2kg, waris ada 4 orang, jadi setiap seorang layak mendapatkan 500g emas).
  •  Untuk membeli rumah (cth: pada tahun 1980,harga sebuah rumah double-storey terrace lingkungan RM45,000-RM60,000 , dan pada tahun 2012 rumah yang sama sudah naik harga ke lingkungan RM500,000-RM850,000 ,jadi nilai aset hartanah bertambah dengan sendirinya tanpa melakukan apa-apa, begitu juga lah dengan pelaburan emas fizikal, anda hanya simpan dan nilai emas akan naik dengan sendirinya)


Tidak banyak tempat pajakan/ar-rahnu yang terima gold bar untuk pajakan, jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan diatas. Ini kerana anda pasti TIDAK akan mengalami kerugian.

Monday, July 8, 2013

Dinar Emas

Dinar


 contoh dinar Public Gold

  • Berbentuk seperti syiling
  • Berat : 4.25g (purity 916) (berat bagi 1 Dinar)
  • Produk: 1 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar

Kenapa pilih Dinar?
  1. Spread margin yang rendah dan modal yang rendah, cth: 1 Dinar, RM 557 (as at 11:29am, 8 Julai 2013) , spread margin hanya 6% compare to 10g Gold Bar, RM1379 (as at 11:29am, 8 Julai 2013),spread margin 8%. (attach gambar dinar and gold bar)




  2. Disertakan dengan sijil ketulenan.


  3. Diterima untuk pajakan/Ar-Rahnu di Ar-Rahnu Pos Malaysia Bhd (jika tidak diterima sekalipun,ianya boleh tetap disimpan kerana Public Gold menjamin 100% buy back,jual jika rasa boleh mendapatkan untung)
  4. Boleh digunakan untuk membayar zakat, melakukan transaksi jual beli/muamalat dan digunakan untuk ibadah aqiqah
  5. Boleh dijadikan sebagai Mas Kahwin/Hantaran. 


  6. Boleh dijadikan sebagai cenderamata/hadiah kepada sesiapa sahaja. 


  7. Dijadikan sebagai tabung/simpanan di masa akan datang,medium pelaburan yang PASTI menguntungkan untuk jangka masa 3-5 tahun.
  8. Dijadikan sebagai simpanan untuk pergi Haji

    ·         Disini saya akan menjelaskan kepada anda mengapa Dinar bagus dijadikan sebagai pelaburan untuk menunaikan haji.
    ·         Adalah lumrah  bagi ramai pihak jika saya nyatakan bahawa kos menunaikan haji semakin meningkat setiap tahun tetapi ianya sangat MEMERANJATKAN ramai pihak jika saya katakan KOS HAJI semakin rendah dengan penggunaan DINAR.
    ·         Ini kerana, susut nilai wang kertas berlaku tetapi harga emas sentiasa menaik. Sebagai contoh,anggaran kos untuk menunaikan haji ialah:




    Menarik bukan??? Jika anda berminat untuk mengetahui serba sedikit ilmu emas, sila sms 0138128749/0128937093 (fizi) untuk mendapatkan ebook mengenai ILMU EMAS secara PERCUMA. Untuk makluman anda, ebook ini amatlah berguna untuk dijadikan sebagai rujukan.

Sunday, July 7, 2013

5 KRITERIA UTAMA SEBELUM MEMBELI EMAS

Sekarang sudah banyak syarikat yang menyediakan emas fizikal sebagai medium pelaburan seperti GSR, GCP, Sri Ayu dan sebagainya. Ramai juga yang bertanya kepada saya sama ada syarikat yang manakah memberi harga emas yang terbaik. Bagi saya, jawapan yang terbaik ialah dengan membeli emas dari Public Gold Marketing Sdn Bhd kerana saya merupakan dealer untuk syarikat tersebut dan bagi memuaskan hati pihak lain,adalah lebih wajar anda bertanya sendiri kepada pengedar-pengedar dari syarikat yang tersebut kerana ianya lebih adil bagi saya. Jika anda berpuas hati dengan jawapan yang terbaik, maka anda PASTI faham dan tahu untuk memilih produk yang terbaik.

Saya memilih Public Gold kerana bagi saya ianya menyediakan fasiliti pelaburan emas fizikal yang terbaik di Malaysia.

Bagi saya, emas terbaik untuk pelaburan ialah dimana ianya SENANG DIBELI,SENANG DIJUAL DAN UNTUNG MAKSIMUM BILA DIJUAL. Di sini saya akan membincangkan 5 KRITERIA UTAMA SEBELUM MEMBELI EMAS:
  1. Harga Rendah
  2. Spread (susut nilai) Rendah
  3. Supply konsisten
  4. Cawangan banyak
  5. Urusan jual beli mudah
Kriteria #1 - Harga Rendah
Cuba bandingkan harga dari setiap syarikat emas. Yang terbaik mestilah yang menawarkan harga terendah, tetapi harus diingatkan juga emas yang harganya rendah,spread nya pun agak tinggi. Untuk dijadikan sebagai medium pelaburan, harga yang rendah adalah menjadi keutamaan bagi mendapatkan keuntungan yang maksima.

Kriteria #2 - Spread (susut nilai) Rendah
Cuba kira berapa peratus spreadnya,spread akan menentukan berapakah keuntungan yang bakal kita dapat. Untuk mengetahui nilai spread,sedikit pengiraan hendaklah dibuat.
  1. Formula, (Harga SELL - Harga BUY)
  2. Perbezaan harga tu, bahagikan dengan harga JUAL dan darab dengan 100
  3. Sila nilai sendiri berapa jawapan anda,** Semakin rendah semakin bagus
Jadi, harga emas yang murah tidak menjamin keuntungan yang tinggi kepada anda, diantara produk yang anda boleh semak ialah:
  1. Kijang Emas
  2. Dinar Kelantan
  3. Public Gold
Kriteria #3 - Supply Konsisten
Antara point yang paling penting kerana supply emas yang konsisten akan menjamin keuntungan anda. Maksudnya disini ialah apabila harga emas jatuh mendadak, barang yang ingin didapati iaitu emas mudah untuk didapati. Apabila harga jatuh mendadak,bermaksud kita boleh memaksimumkan keuntungan kita dengan menambah lagi simpanan emas kita. Saya menyokong pendapat yang disuarakan daripada seorang OTAI emas yang saya kenali dimana, Kijang Emas dan Dinar Kelantan sukar untuk didapati semasa harga rendah, jadi sebagai seorang pelabur emas,anda hanya ternganga melihat harga jatuh tetapi tidak berpeluang untuk menambah stok anda kerana ketidak-konsisten-an stok emas tersebut sedangkan pada ketika inilah anda berpeluang untuk memaksimumkan keuntungan anda.

Diantara kelebihan yang ada pada Public Gold ialah bukan kerana STOK YANG SENTIASA ADA tetapi kita boleh membeli emas pada REAL-TIME  harga emas dunia. Setakat ini,hanya Public Gold sahaja yang ada fasiliti lock harga beli dan harga jual mengikut real time di Malaysia. Katakanlah harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh lock harga rendah dan bayar harga yang kita lock pukul 12.00 malam tu walaupun harga emas naik pada pukul 7.00 pagi esoknya. Ini bukanlah teori tapi REALITI. Kalau harga emas nak jatuh, biasa nya dia jatuh pada waktu malam  (waktu Malaysia) dan naik balik pagi besoknya. Jadi,pembeli PG akan mendapat lebih kelebihan dengan fasiliti ini.

Kriteria #4 - Cawangan Banyak
Sebelum ingin membeli emas di mana-mana syarikat,kita hendaklah mengambil kira cawangan pejabat yang dimiliki oleh syarikat tersebut kerana ianya akan memudahkan anda untuk urusan jual beli. Jika cawangan nya terhad,maka ianya akan menimbulkan masalah kepada anda jika anda nak jual balik nanti.

Public Gold mempunyai cawangan DI SELURUH MALAYSIA!!!
  • Katakan anda membeli sekilo emas yang berharga RM 160,000 hari ini.
  • Minggu depan harga jual(PG BUY) RM 200,000 anda pergi ke branch bawa emas dan dapat cash dalam tempoh 24jam  (bank-in to your account).
OLEH KERANA ITU LAH BANYAKPELABUR EMAS YANG BERMODAL BESAR MEMILIH PUBLIC GOLD!! GUARANTEE BUY BACK!!!

**untuk makluman,kini terdapat 17 Cawangan diseluruh negara.


Kriteria #5
Syarat yang terakhir ni pun tersangat-sangatlah penting. Jika nak beli emas,pastikan company tu jamin akan beli semula emas anda tanpa banyak syarat. Kalau company tu tak jamin balik nak beli emas kita, adalah lebih baik anda tidak membeli daripada mereka kerana kita akan rugi 25% kalau jual dengan kedai emas. Pilihan yang terbaik ialah company yang jamin akan beli balik emas kita walaupun  emas tu kemek,calar dan sebagainya.
**emas PAMP SUISE  tak boleh buka seal,jika buka kedai emas akan tolak spread 25%


Inilah serba sedikit kriteria yang perlu diambil kira sebelum anda nak beli emas atas tujuan SIMPANAN & PELABURAN, jika anada hanya menjadikan emas sebagai bahan koleksi,mana-mana pun ok. Selepas anda faham 5 Kriteria penting ini, pilihlah emas yang balance bagi tujuan pelaburan anda itu.

Setakat ini,tiada company yang dapat score 5 Bintang seperti PUBLIC GOLD, ini kerana:
  1. Harga Rendah ---> PASSED!!!
  2. Spread (susut nilai) Rendah  ---> PASSED!!!
  3. Supply konsisten  ---> PASSED!!!
  4. Cawangan banyak  ---> PASSED!!!
  5. Urusan jual beli mudah  ---> PASSED!!!

Friday, July 5, 2013

RISIKO PELABURAN

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua. Pada kali ini, saya akan membincangkan kepada anda satu perkara yang paling penting yang terdapat di dalam pelaburan iaitu mengenai Risiko. Seperti yang kita sedia maklum, semua jenis pelaburan mempunyai risiko nya yang tersendiri sama ada dari segi kadar faedah, risiko inflasi, susut nilai dalam sesuatu pelaburan dan sebagainya.

Risiko
Apakah itu risiko?
  •  Secara am nya, dari segi bahasa ia boleh ditakrifkan sebagai gabungan-gabungan faktor-faktor kemungkinan berlakunya sesuatu yang malang.
  • Secara teori nya, banyak pelabur peringkat awal (newbie) akan merasakan ragu-ragu untuk melabur kerana kekurangan pengetahuan. Jadi,di sini kita hendaklah banyak merujuk kepada pakar-pakar pelaburan seperti menghadiri seminar-seminar yang berbayar ataupun secara percuma.
  •  Jika tahap kefahaman anda tinggi,cukuplah dengan berbelanja untuk membeli beberapa buah buku daripada pakar-pakar pelaburan sebagai rujukan.
  •  Konsep yang biasa di dengari ialah, High RISK,High RETURN, contohnya seorang penjudi, Perjudian juga merupakan salah satu daripada cara untuk mendapatkan “fast money”. (tetapi pengharaman JUDI telah ditetapkan oleh semua agama)
  • Jika kita ingin mewujudkan satu pelaburan yang “selamat”, modalnya kecil tetapi anda harus faham dimana, Low RISK,Low RETURN. Contohnya melabur di dalam ASB.




Bagaimanakah RISIKO wujud?
Risiko wujud disebabkan beberapa faktor, antaranya:
·         Ketidaktentuan dalam pasaran kewangan.
·         Kegagalan projek (bagi pelaburan hartanah/bangunan).
·         Liabiliti perundangan. (undang-undang dll.)
·         Risiko kredit.
·         Kemalangan.(kebakaran dll)
·         Kejadian alam (banjir,rebut taufan,dll)


Bagi memudahkan asas kepada setiap pelaburan, saya akan membincangkan kepada anda beberapa perkara yang harus diambil kira sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Ini kerana, kekurangan pemahaman terhadap perkara asas dalam setiap perkara akan menyebabkan kita merasakan susah untuk mengenal pasti apakah masalah yang dihadapi oleh kita. Di sini, saya membincangkan beberapa risiko yang harus diambil kira, iaitu:


1.    Risiko Pasaran
Risiko Pasaran kebiasaan nya merujuk kepada faktor-faktor ekonomi dan kadar inflasi. Antara faktor ekonomi ialah berlaku nya kemerosotan ekonomi dimana berlakunya banyak pengangguran dan pengguna kehilangan kuasa membeli. Jika kuasa membeli sudah kurang,maka aliran wang di dalam negara pun akan berlaku dengan perlahan. (BOLEH DIATASI dengan simpanan EMAS FIZIKAL)



2.    Risiko Kadar Faedah
Risiko kadar faedah biasanya menglibatkan pihak pembekal wang iaitu bank. Kekuatan ekonomi sesebuah negara itu boleh dilihat melalui kadar pengenaan faedah dan tempoh pinjaman yang boleh dipohon,ini merujuk kepada kemampuan bank untuk memberi Pinjaman Peribadi. Untuk peringatan, nilai wang juga susut setiap tahun min.10% - 12%. Contoh, jika anda melabur di dalam ASB, anda memperolehi dividen sebanyak 8% (dividen tahun 2011) tetapi anda hanya tahu wang anda telah bertambah,hakikatnya,anda rugi dari segi NILAI wang.(BOLEH DIATASI dengan simpanan EMAS FIZIKAL kerana NILAI EMAS SENTIASA NAIK setiap tahun)



3.    Risiko Inflasi
Inflasi ialah situasi dimana kenaikan harga barang dimana berlakunya lebihan wang di pasaran dimana kurangnya pengawalan pengeluaran wang dari pihak kerajaan dan juga akibat daripada permintaan melebihi pengeluaran terhadap barangan. Contohnya, pada era 90-an, dengan membawa RM150 kita boleh membeli pelbagai barangan runcit kerana pada ketika itu,kadar inflasi sangatlah rendah, kini pada era millennium, RM150 hanya boleh membeli beberapa sahaja barangan runcit. Pelaburan juga akan dilangkau oleh kadar inflasi yang sentiasa bergerak pantas dan menghakis nilai sesuatu pelaburan.
(inflasi sentiasa berlaku tetapi kadar inflasi yang sihat ialah ianya terkawal,jika tidak terkawal,maka berlakulah hyper-inflation seperti yang berlaku di Zimbabwe)
(ASET YANG TERBAIK untuk melawan kadar inflasi kerana nilai EMAS NAIK setiap tahun)



4.    Risiko Kecairan (Liquidity)
Kecairan disini bermaksud berapa cepatkah saya boleh menukarkan aset kepada nilai penuh wang tunai. Untuk menunjukkan dengan lebih mudah,saya akan menunjukkan beberapa contoh iaitu:
                      i.        Akaun Simpanan/Pelaburan Biasa – kecairan rendah kerana mudah untuk ditukarkan kepada wang tunai dengan hanya pergi ke kaunter bank yang berkenaan; UNTUNG sedikit; tempoh untuk wang mengganda panjang.
                     ii.        Saham/Unit Amanah – kecairan tahap sederhana; terdapat beberapa proses sebelum untuk menukarkannya menjadi wang; keuntungan yang dijana sederhana; tempoh wang untuk berganda panjang,kebiasaaan nya panjang jika ingin pulangan yang lumayan.
                    iii.        Tanah – kecairan tinggi kerana banyak proses akan berlaku dimana kita mesti mencari pembeli dan banyak urusan jual beli berlaku; UNTUNG besar kerana ianya terhad dan modal untuk melabur dalam hartanah besar dan ilmu hartanah sangatlah penting; nilai tanah sentiasa menaik atas permintaan pasaran.
                   iv.        EMAS – kecairan tinggi kerana terlibat dengan beberapa proses jual beli .(jika beli daripada PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD); liquidity tinggi,jadi dapat disimpulkan bahawa pulangan pastinya LUMAYAN jika berminat untuk mengetahui perihal emas daripada Public Gold, sila hubungi saya dan saya akan memberikan anda e-book khas yang membincangkan hampir 98% asas ILMU EMAS dan PERAK secara PERCUMA, ebook ini  dimiliki oleh FOUNDER PUBLIC GOLD SARAWAK yang telah menjadi pelabur aktif  emas yang Berjaya.













 Contoh produk Dinar Public Gold beserta Sijil ketulenan


Thursday, July 4, 2013

EMAS OH EMAS

PENGENALAN KEPADA EMAS
  •  Secara am nya, emas ialah suatu jenis logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni sejak dahulu lagi. Secara asli boleh didapati dalam bentuk nugget atau butir kecil dalam batuan atau mendapan alluvial (seperti tanah lumpur yang terhasil daripada aktiviti perlombongan). Logam emas adalah padat, lembut, berkilat dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur.
  •  Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air (proses dimana pengaratan,tetapi emas bebas daripada proses ini). Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ianya amat sesuai dijadikan duit syiling dan barang kemas.
  • Emas tulen mempunyai kandungan perak/silver diantara 8%-10%. Emas tulen juga sangat lembut untuk kegunaan biasa,oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (cuprum), dan logam-logam lain. Ianya termasuk dalam pembuatan barang kemas dan syiling emas.
  •  Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan dunia. Ia juga dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan idealogi. Emas telah lama dianggap sebagai logam yang berharga dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah, e.g.Dinar emas, syiling emas, jongkong emas, bunga emas.
  •  Emas juga digunakan sebagai simbol ketulenan,nilai tinggi,kedaulatan,kekayaan, dan dijadikan sebagai medium pelaburan pada masa kini.
contoh Gold Bar 100g



EMAS SEBAGAI BAHAN INDUSTRI

Ø  Statistik perlombongan emas pada Tahun 2009 ialah berjumlah sebanyak 165,000 tan, dan jumlah perlombongan ini semakin meningkat sejajar dengan penggunaan emas bukan sahaja sebagai perhiasan tetapi digunakan juga di dalam beberapa industri contohnya:

v  50 % digunapakai sebagai barang kemas (jewellery)
v  40 % digunapakai sebagai pelaburan (gold bar,gold coin)
v 10 % digunapakai sebagai bahan-bahan perindustrian (konduktor elektrik yang terbaik, diguna pada satelit kerana emas ialah pemancar yang terbaik,etc)

Ø  Secara kimianya, emas ialah suatu logam peralihan yang amat kuat jika dibandingkan dengan logam-logam yang lain. Kereaktifan emas juga sangat tinggi serta daya ketahanannya terhadap asid juga tinggi.

Ø  Emas ialah pengalir haba dan elektrik yang terbaik jadi tidak mustahil lah permintaan terhadap emas semakin tinggi sejajar dengan kepesatan teknologi kita pada masa kini.



Dengan sedikit penjelasan daripada saya, jelaslah bahawa EMAS merupakan suatu benda yang sangat bernilai untuk dimiliki, bukan hanya golongan yang kaya mampu memiliki emas,tetapi semua orang mampu memiliki emas jika tahu cara nya, saya sudi berkongsi dengan anda serba sedikit ilmu mengenai emas dari semasa ke semasa, jika berminat dengan produk Gold Bar, Dinar dan Barangan kemas daripada Public Gold Sdn Bhd, bolehlah menghubungi saya secara terus. Terdapat cawangan di seluruh negara.