Sekarang sudah banyak syarikat yang menyediakan emas fizikal sebagai medium pelaburan seperti GSR, GCP, Sri Ayu dan sebagainya. Ramai juga yang bertanya kepada saya sama ada syarikat yang manakah memberi harga emas yang terbaik. Bagi saya, jawapan yang terbaik ialah dengan membeli emas dari Public Gold Marketing Sdn Bhd kerana saya merupakan dealer untuk syarikat tersebut dan bagi memuaskan hati pihak lain,adalah lebih wajar anda bertanya sendiri kepada pengedar-pengedar dari syarikat yang tersebut kerana ianya lebih adil bagi saya. Jika anda berpuas hati dengan jawapan yang terbaik, maka anda PASTI faham dan tahu untuk memilih produk yang terbaik.
Saya memilih Public Gold kerana bagi saya ianya menyediakan fasiliti pelaburan emas fizikal yang terbaik di Malaysia.
Bagi saya, emas terbaik untuk pelaburan ialah dimana ianya SENANG DIBELI,SENANG DIJUAL DAN UNTUNG MAKSIMUM BILA DIJUAL. Di sini saya akan membincangkan 5 KRITERIA UTAMA SEBELUM MEMBELI EMAS:
- Harga Rendah
- Spread (susut nilai) Rendah
- Supply konsisten
- Cawangan banyak
- Urusan jual beli mudah
Kriteria #1 - Harga Rendah
Cuba bandingkan harga dari setiap syarikat emas. Yang terbaik mestilah yang menawarkan harga terendah, tetapi harus diingatkan juga emas yang harganya rendah,spread nya pun agak tinggi. Untuk dijadikan sebagai medium pelaburan, harga yang rendah adalah menjadi keutamaan bagi mendapatkan keuntungan yang maksima.
Kriteria #2 - Spread (susut nilai) Rendah
Cuba kira berapa peratus spreadnya,spread akan menentukan berapakah keuntungan yang bakal kita dapat. Untuk mengetahui nilai spread,sedikit pengiraan hendaklah dibuat.
- Formula, (Harga SELL - Harga BUY)
- Perbezaan harga tu, bahagikan dengan harga JUAL dan darab dengan 100
- Sila nilai sendiri berapa jawapan anda,** Semakin rendah semakin bagus
Jadi, harga emas yang murah tidak menjamin keuntungan yang tinggi kepada anda, diantara produk yang anda boleh semak ialah:
Kriteria #3 - Supply Konsisten
Antara point yang paling penting kerana supply emas yang konsisten akan menjamin keuntungan anda. Maksudnya disini ialah apabila harga emas jatuh mendadak, barang yang ingin didapati iaitu emas mudah untuk didapati. Apabila harga jatuh mendadak,bermaksud kita boleh memaksimumkan keuntungan kita dengan menambah lagi simpanan emas kita. Saya menyokong pendapat yang disuarakan daripada seorang OTAI emas yang saya kenali dimana, Kijang Emas dan Dinar Kelantan sukar untuk didapati semasa harga rendah, jadi sebagai seorang pelabur emas,anda hanya ternganga melihat harga jatuh tetapi tidak berpeluang untuk menambah stok anda kerana ketidak-konsisten-an stok emas tersebut sedangkan pada ketika inilah anda berpeluang untuk memaksimumkan keuntungan anda.
Diantara kelebihan yang ada pada Public Gold ialah bukan kerana STOK YANG SENTIASA ADA tetapi kita boleh membeli emas pada REAL-TIME harga emas dunia. Setakat ini,hanya Public Gold sahaja yang ada fasiliti lock harga beli dan harga jual mengikut real time di Malaysia. Katakanlah harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh lock harga rendah dan bayar harga yang kita lock pukul 12.00 malam tu walaupun harga emas naik pada pukul 7.00 pagi esoknya. Ini bukanlah teori tapi REALITI. Kalau harga emas nak jatuh, biasa nya dia jatuh pada waktu malam (waktu Malaysia) dan naik balik pagi besoknya. Jadi,pembeli PG akan mendapat lebih kelebihan dengan fasiliti ini.
Kriteria #4 - Cawangan Banyak
Sebelum ingin membeli emas di mana-mana syarikat,kita hendaklah mengambil kira cawangan pejabat yang dimiliki oleh syarikat tersebut kerana ianya akan memudahkan anda untuk urusan jual beli. Jika cawangan nya terhad,maka ianya akan menimbulkan masalah kepada anda jika anda nak jual balik nanti.
Public Gold mempunyai cawangan DI SELURUH MALAYSIA!!!
- Katakan anda membeli sekilo emas yang berharga RM 160,000 hari ini.
- Minggu depan harga jual(PG BUY) RM 200,000 anda pergi ke branch bawa emas dan dapat cash dalam tempoh 24jam (bank-in to your account).
OLEH KERANA ITU LAH BANYAKPELABUR EMAS YANG BERMODAL BESAR MEMILIH PUBLIC GOLD!! GUARANTEE BUY BACK!!!
**untuk makluman,kini terdapat 17 Cawangan diseluruh negara.
Kriteria #5
Syarat yang terakhir ni pun tersangat-sangatlah penting. Jika nak beli emas,pastikan company tu jamin akan beli semula emas anda tanpa banyak syarat. Kalau company tu tak jamin balik nak beli emas kita, adalah lebih baik anda tidak membeli daripada mereka kerana kita akan rugi 25% kalau jual dengan kedai emas. Pilihan yang terbaik ialah company yang jamin akan beli balik emas kita walaupun emas tu kemek,calar dan sebagainya.
**emas PAMP SUISE tak boleh buka seal,jika buka kedai emas akan tolak spread 25%
Inilah serba sedikit kriteria yang perlu diambil kira sebelum anda nak beli emas atas tujuan SIMPANAN & PELABURAN, jika anada hanya menjadikan emas sebagai bahan koleksi,mana-mana pun ok. Selepas anda faham 5 Kriteria penting ini, pilihlah emas yang balance bagi tujuan pelaburan anda itu.
Setakat ini,tiada company yang dapat score 5 Bintang seperti PUBLIC GOLD, ini kerana:
- Harga Rendah ---> PASSED!!!
- Spread (susut nilai) Rendah ---> PASSED!!!
- Supply konsisten ---> PASSED!!!
- Cawangan banyak ---> PASSED!!!
- Urusan jual beli mudah ---> PASSED!!!

.jpg)
No comments:
Post a Comment