Wednesday, February 11, 2015

TIPS MENYIMPAN DUIT

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Entry kali ini saya akan berkongsi kepada anda semua beberapa tips untuk menyimpan duit dan seterusnya terpulanglah kepada anda untuk membelanjakan atau menyimpannya.

Terdapat beberapa kaedah yang telah saya amalkan untuk menyimpan duit. Di pihak saya, segala wang yang telah dikumpul akan ditukarkan kepada EMAS FIZIKAL

KAEDAH 1


Kempen Si Hijau / Green Campaign


Simpan segala wang kertas RM 5 ke dalam sebuah bekas khas(tabung). Ini kerana wang kertas ini jarang-jarang ada di dalam dompet kita. Kumpul selama mana yang anda inginkan, saya tetapkan kepada setahun. Hasil daripada simpanan ini selama 7 bulan:



KAEDAH 2

Simpanan mengikut mingguan

Kaedah ini dimulakan pada minggu pertama pada setiap tahun, setiap tahun ada 52 minggu. Sebagai contoh, pada minggu pertama, kita menyimpan RM1, pada minggu yang ke-2, kita simpan RM2, dan seterusnya sehingga minggu yang ke-52, secara am nya, simpanan kita akan mencecah sebanyak RM 1378 setahun. Berikut adalah jadual simpanan yang telah disediakan.


Jadual mingguan



KAEDAH 3

Simpanan secara klasik iaitu dengan MENABUNG


Kaedah menabung merupakan tabiat bagi sesetengah orang. Saya pun tidak terlepas untuk mencuba cara ini. Dengan kaedah ini, secara puratanya, setiap tahun saya berjaya mengumpul lebih kurang dalam RM200++ syiling. Dengan lebihan duit ini, saya akan memulakan bayaran emas secara easy payment bagi memudahkan saya untuk memiliki emas. Kaedah easy payment Public Gold boleh dirujuk pada posting sebelum ini.

TERDAPAT PELBAGAI LAGI CARA SIMPANAN YANG SAYA BOLEH SYORKAN KEPADA ANDA, TETAPI RASANYA SUDAH CUKUP TIGA CONTOH INI SEBAGAI MOTIVASI KEPADA UNTUK MENYIMPAN. ADA PIHAK YANG LEBIH SENANG MENYIMPAN DI TABUNG HAJI DAN ASB DIMANA DIVIDEN TAHUNAN YANG DIBERIKAN JUGA KELIHATAN STABIL.

JIKA TERDAPAT SEBARANG KERAGUAN DAN INGIN BERTANYA, SAYA BOLEH DIHUBUNGI 0138128749 (whatsapp/sms/call).



















1 comment: